Pages

Friday 6 July 2012

Seks Tu Apa?

Kejadian : Dalam kereta.

Aku  : Ma, seks tu apa?
Ma   : Apa kamu ni tanya soalan mcam ni?
Aku  : Ayah, seks tu apa?
Ayah : Mana kau belajar ni?
Aku  : Mimin baca kat dalam magazine Wanita :(
Ma   : Entah apa-apa yang kamu baca, benda tak senonoh la tu.

Itulah soalan yang aku tanya semasa aku berumur 7 atau 8 tahun. Tak berapa nak ingat sangat sebab masa tu budak kecik lagi. Tapi yang pastinya time tu aku memang dah boleh membaca. 

Sebab itulah aku tanya soalan tu lepas baca magazine Wanita kat rumah arwah opah aku. Aku baca pun sebab masa tu mak aku sedang berbual dengan arwah opah aku dan dia tak bagi aku ganggu orang tua-tua sedang berbual. At last, bila terjumpa ayat 18SX, dah tak faham. Rasa tersangatlah stress apabila sesuatu perkataan menjadi penghalang untuk kita fahamkan maksud ayat yang kita baca.

So, aku memang tak puas hati sangat-sangat. Biasalah kan, budak kecik memang penuh dengan curiosity. Apabila kami sekeluarga berhenti untuk makan malam, aku pun plan untuk melontarkan soalan yang dah terbuku di hati itu lagi.

Kejadian : Restoran (untuk makan malam).

Aku : MA, SEKS TU APA?? (aku bertanya dalam muka yang sangat innocent tetapi dengan nada yang tinggi)
Ma  : Eh, kamu ni! Kenapa tanya soalan tu kuat-kuat? (Sambil pandang keadaan sekeliling, takut-takut ada orang dengar walaupun sebenarnya tak ada sesiapa pun yang dengar).
Aku : Jawablah.. Mimin nak tahu apa benda tu.
Ma  : Perkataan tu tak elok untuk budak kecik. Itu benda tak elok.
Aku : O.K.

Finally, mak aku 'jelaskan' juga apa maksud seks walaupun sebenarnya tak adalah sejelas mana pun explanation dia.
still cover line juga. 

Apa-apa pun, aku masih tak puas hati. Kenapa mak aku tak jelaskan scientifically maksud seks itu walaupun aku tak akan faham. Tapi tak ada lah samar-samar sangat dengan memberi jawapan : "Itu perkataan tak elok untuk budak kecik".

No comments:

Post a Comment