Pages

Sunday 8 July 2012

Bersusah-susah Dahulu, Bersenang-senang Kemudian

Belajar. Waktu sekolah dulu memang aku paling tak suka bab-bab nak pergi ke sekolah, apatah lagi kelas tambahan semua tu. Kalau mak aku daftarkan aku tusyen pun aku banyak berangan je dalam kelas. Maklumlah, masa tu gatal. Zaman-zaman baru nak naiklah katakan. Cikgu yang mengajar pun bengang je tengok aku. Setiap kali dia tanya, "Yasmin, faham tak?" Aku akan jawab, "bolehlah sikit-sikit".

Jadi, keputusan SPM aku pun bolehlah sikit-sikit (kalau budak zaman sekarang cakap cikit-cikit/ shikit-shikit jew). Lepaslah untuk aku sambung diploma kat UiTM ambil diploma pengurusan perniagaan.
Waktu masuk universiti la, aku betul-betul fokus untuk belajar. Semua benda kena berdikari buat sendiri dari A-Z.

Akhirnya, grad juga aku...on time.

Kawan-kawan aku mostly sambung buat degree in business related. Manakala aku pula nak sambung belajar jurusan yang aku idam-idamkan selama ini. Journalism. Ya, dalam bahasa melayu nya kewartawanan.

Tapi bila aku lihat kesenangan hidup beberapa kawan aku yang selepas diploma terus kerja, aku macam rasa penat betul nak buat degree. Memang aku sangat seronok belajar kewartawanan, tapi tipulah tak rasa tak sabar nak habiskan. Kalau nak diikutkan hati aku yang sedang melonjak nak pegang duit ni, memang lepas diploma aku rasa nak je pergi temuduga untuk pramugari. Dapat, tak dapat belakang kira.

"Min, work hard first, relax later". Itulah yang mak aku selalu pesan kat aku. Mak aku paksa aku habiskan degree sebab paling cikai kalau nak selamat sekarang dan nak apply kerja kat dalam atau luar negara mesti ada degree. PALING CIKAI.

Bukan nak merendahkan sesiapa, tapi dunia sekarang sangat demanding. Kalau sekarang perlukan degree, zaman anak aku; master? Ph.D?

P/S : Baru-baru ni aku saja buka salah satu oil and gas company punya website. Career opportunity for fresh graduate paling cikai nak degree in any field of study with cgpa at least 3.0. 



No comments:

Post a Comment