Pages

Monday 23 April 2012

Pengorbanan dan Kebahagiaan

Kalau kawan baik anda ataupun salah seorang daripada ahli keluarga anda nak pinjam duit, tapi hakikatnya dalam purse anda sebenarnya ada ciput je, bagi pinjamkan ke tak?

Kalau nak fikirkan logik mungkin tak lah kan. Pertama, sebab kita at the same time memang perlukan duit tu juga. Kedua, mungkin anda memang seorang yang kedekut.

Tapi at the same time mesti ada sedikit rasa serba salah sebab tak pinjamkan duit tu kan? Tak pun apa-apa jenis bantuan yang anda memang tak dapat berikan.

Semalam baru habis baca buku John Norafizan, 'Odisi Bulan Biru', saya sangat kagum dengan watak bernama Emre iaitu seorang anak kecil yang buta dan miskin tapi sanggup meminjamkan Akira (watak utama) sejumlah wang yang besar daripada simpanannya berniaga roti selama lebih dari 5 tahun, semata-mata untuk membayar wang ikat jamin Akira di penjara. Dan wang yang dipinjamkan itu adalah simpanannya untuk pergi ke tanah suci Mekah bersama dua lagi ahli keluarganya.

Agak-agak kalau in real life berapa ramai umat manusia kat dalam dunia ni sanggup berkorban sampai macam tu sekali?

Mungkin satu dalam sejuta. Adakah kita dalam golongan seperti Emre? 

p/s : "Kegembiraan yang sebenar akan datang apabila kita sanggup berkorban untuk kebahagiaan orang lain."
 -John Norafizan, 'Odisi Bulan Biru'-.